Ernie Zakri, Syamel selamat disatukan

Ernie Zakri & Syamel
Ernie Zakri & Syamel
A
A
A

DENGAN hanya sekali lafaz, pasangan penyanyi popular, Syamel, 28, dan Ernie Zakri, 29, selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri, hari ini.

Pada majlis ijabkabul yang berlangsung di Masjid Puncak Alam, Selangor itu,  Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran tidak didedahkan.

Majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri 20 ahli keluarga terdekat bagi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri meluahkan rasa syukur apabila majlis yang dirancang berjalan lancar dan memohon orang ramai mendoakan agar fasa baharu dalam kehidupannya itu dipermudahkan.

Menerusi laman Instagram milikinya, Ernie juga berkongsi sepotong doa sebaik sahaja sah bergelar isteri.

“Semoga Allah memberi barakah kepadamu dan keberkatan atas pernikahan kamu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan. Amin Ya Rabbal Alamin," tulisnya.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu selepas mula rapat ketika menyertai program realiti, Duo Star, pada 2017.

 

(FOTO: Instagram Ernie Zakri)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca