'Evie Khadeeja...' - Harris, Intan kongsi wajah & nama anak

INTAN-HARRIS
INTAN-HARRIS
A
A
A

SELEPAS dua bulan bergelar ibu bapa, pasangan romantis, Harris Alif dan Intan Ladyana akhirnya berkongsi wajah buah hati mereka buat pertama kali.

Bukan itu sahaja, mereka turut mengambil berkat 1 Ramadan untuk memperkenalkan puteri sulung mereka kepada umum.

“Salam Ramadan dari kami, Harris, Intan dan ‘baby’ Evie Khadeeja,” kongsi kedua-duanya menerusi Instagram masing-masing pada Ahad.

Hantaran itu turut disertakan dengan gambar mereka bertiga mengenakan persalinan serba putih, dan wajah Evie Khadeeja yang dilahirkan pada 31 Januari lalu.

Rata-rata pengikut Harris dan Intan termasuk rakan selebriti tidak putus-putus memuji kecomelan anak pasangan ini.

“Terima kasih atas doa-doa yang baik untuk Khadeeja. Moga ALLAH SWT perkenankan doa-doa anda dan balas yang sama untuk semua,” tulis Harris ringkas.

Harris dan Intan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2020 selepas setahun menjalin perhubungan serius.

Percintaan mereka menjadi perhatian ramai berikutan perbezaan usia dengan jarak 17 tahun memandangkan ketika berkahwin ketika Haris baru mencecah usia 21 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca