EWayang: Menonton sambil menderma         

A
A
A

PLATFORM wayang secara atas talian yang pertama di Malaysia iaitu eWayang.com semakin melonjak naik dan mendapat sambutan yang sangat tinggi daripada kalangan penerbit dan penonton.

Tidak hanya menjadi perhatian di Malaysia, platform itu turut mendapat perhatian penonton luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia yang turut membuat perkongsian video mereka sedang menonton filem di ewayang di negara terbabit.

Malah dalam tempoh lima bulan, eWayang telah berjaya mengumpulkan lebih dari 10 filem tempatan untuk ditayangkan dan secara tidak langsung telah melonjakkan lagi kutipan jualan filem di ewayang.

Pengurus Projek ewayang.com, DjPool Soul Masters berkata, idea mewujudkan eWayang tercetus ketika tempoh awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Ia bertujuan memberi peluang untuk kaki wayang menonton filem kegemaran mereka tanpa bersesak-sesak serta mengambil risiko terkena jangkitan Covid-19.

“Filem TyIcKooUnS arahan Izan Hailmey Mokhtar dipilih sebagai filem sulung. Tak sangka ia dapat sambutan hangat.

“Akhirnya selepas lima bulan, sudah ada lebih dari 10 filem-filem popular tempatan yang pernah ditayangkan di pawagam dan yang terbaru akan ditayangkan di eWayang.com. Kami juga dalam perancangan untuk menayangkan filem berbentuk dokumentari,” katanya.

DJPool (gambar kanan) mewujudkan ewayang bagi memberi peluang kepada semua pihak menonton wayang dari rumah.

Setakat ini antara filem yang ditayangkan di platform itu adalah Nota, Bangunan, Kisah Paling Gengster dan Jengka.

Bagi menggalakkan kaki filem menonton, eWayang juga  menawarkan hadiah-hadiah istimewa yang keseluruhannya bernilai RM250,000.

Bukan itu sahaja, RM1 daripada setiap pembelian tiket bernilai RM15 akan disalurkan ke tabung bantuan Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca