PELAKON Farah Nabilah selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Ampang, Selangor pagi semalam.

Bagaimanapun Farah atau nama sebenarnya, Farah Nabilah Saipuddin, 28, memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi wajah dan nama putera sulungnya itu buat sementara waktu.

“Syukur Alhamdulillah Fawaa (Farah) telah selamat melahirkan bayi lelaki sulung yang sihat pada pagi tadi (semalam), 22 Oktober 2020, 5 Rabiulawal 1442.

“Fawaa akan kongsikan nama and wajahnya bila tiba masanya ya,” katanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram miliknya lewat malam tadi.

Dalam entri tersebut Farah hanya memuat naik video gelap kosong  dengan berlatarkan suara tangisan bayi.

Farah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka bertiga selama ini.

Iklan

“Terima kasih atas doa yang dititip untuk kami bertiga selama ini. Semoga Allah merahmati kita semua dengan kegembiraan terutamanya dalam keadaan macam ni. Be safe semua,” ujarnya yang turut dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

Iklan

Pelakon drama Kau Yang Pertama itu mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, 29, pada 20 Disember 2019.