Fareez kini bergelar bapa, Fauzi Nawi timang cucu kedua

FAREEZ FAUZI
FAREEZ FAUZI
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Fareez Fauzi berkongsi berita gembira kini bergelar bapa apabila isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab selamat melahirkan bayi sulung mereka pada 26 Oktober lalu.

Fareez, 23, berkongsi berita tersebut menerusi hantaran yang dilakukan di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Bayi lelaki comel yang diberi nama Farrel itu merupakan cucu kedua kepada aktor Fauzi Nawawi, 48, yang juga bapa Fareez.

“Alhamdulillah pada 26 Oktober 2021, isteri saya telah selamat melahirkan putera sulung kami, Farrel.

“Terima kasih kepada keluarga saya yang banyak membantu, kawan-kawan dan semua yang mendoakan yang baik-naik untuk saya sekeluarga,” ujarnya.

Fareez yang juga bekas jura program Mentor Milenia 2016 mendirikan rumah tangga dengan Nurwathiqah, 23, pada 20 Disember tahun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca