DRAMATIS terkenal, Farisha Irwayu, mengesahkan dirinya positif dijangkiti Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin di  di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang sejak 19 April lalu.

Menurut Farisha, 52, dia membuat membuat ujian calitan selepas mengalami batuk dan demam yang berterusan selama seminggu sebelum disahkan positif.

“Hari ni masih batuk kuat, sakit belikat belakang pinggang. Sesiapa sahaja di luar sana kalau ada sikit-sakit, batuk atau demam, jangan ambil remeh. Cepat-cepat buat ujian calitan ya.

“Jangan jadi macam saya. Dah seminggu batuk, demam tak kebah sampai hilang deria bau dan rasa, baru nak buat ujian calitan.

“Rupa-rupanya Covid-19. Sama-sama kita jaga kita ya,” kongsinya di laman Facebook.

Dalam pada itu, Farisha memohon orang ramai mendoakan kesihatannya agar kembali sembuh daripada Covid-19.

“Saya dipakaikan gelang bewarna biru dan putih sebab Covid-19  tahap tiga.

“Teruskan berdoa untuk saya ya keluarga dan sahabat-sahabat maya tersayang.

Iklan

“Semoga Allah terus beri saya kesihatan yang baik. di bulan Allah yang mulia ini,” katanya.

Farisha yang cukup dikenali sekitar tahun 1990-an melalui drama slot Spectra terbitan HVD itu turut memaklumkan suami, Tuan Asmawi Tuan Umar, 46, juga disahkan positif Covid sehari selepas dia dimasukkan ke pusat kuarantin.

Iklan

 

(SUMBER: Facebook Farisha Irwayu)