Fasha Sandha selamat bersalin anak ketiga

A
A
A

PELAKON Fasha Sanha telah selamat melahirkan anak ketiganya yang juga seorang bayi perempuannya hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya yang juga pelakon, Aidil Aziz menerusi akaun Instagram miliknya tengah hari tadi.

“Alhamdulillah ‘Baby A’ selamat dilahirkan dan sihat. Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini.

“Terima kasih isteriku, Fasha Sandha di atas kandungan selama ini. Saya cuti sebulan jaga dan teman awak berpantang ok.

“Terima kasih kepada semua yang tidak putus2 mendoakan utk kami. Semoga Allah perluaskan lagi rezeki kalian…” tulisnya.

Fasha dan AidilKeluarga bahagia Fasha dan Aidil.

Fasha semalam sudah memberi bayangan bakal bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan.

‘Baby A’ merupakan anak pertama pasangan ini setelah mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019. Sebelum ini, Fasha juga pernah mengalami keguguran tahun lalu.

Selain ‘baby A’, Fasha juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli Rizal Ashram, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6 menerusi perkahwinan terdahulu bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca