Fazli Zainal semakin pulih

Untitled design (42)
Untitled design (42)
A
A
A

PENYANYI Fazli Zainal memberitahu keadaan kesihatannya semakin pulih selepas dikejarkan ke Hospital Ampang akibat kekurangan oksigen dan positif Covid-19.

Menurut Fazli, dia kini dipantau oleh doktor setiap empat jam dan berasa lebih baik daripada sebelum ini.

“Pernafasan saya semakin baik namun kadar insulin pula turun naik.

“Saya juga tak pasti positif Covid-19 tahap tiga atau empat kerana saya ada menghidap penyakit lain," katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Harapan itu dikejarkan ke hospital selepas tahap oksigen dalam badannya menurun kepada 75 peratus.

Dia turut menerima bantuan alat pernafasan selain memaklumkan ujian calitan yang dibuat mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca