HUBUNGAN baik antara pelakon dan pengacara, Fazura dengan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman dan pelakon Nur Fazura memang diketahui ramai orang.

Baru-baru ini, Fazura menerima hadiah rantai berlian sempena sambutan hari lahir anaknya, Fatima.

Terdahulu, beliau juga mendapat hadiah berupa beberapa keping syiling emas daripada Tengku Permaisuri Selangor itu.

Terkini, Terbaru, Fazura, 38, meluahkan berbesar hati melihat sikap rendah diri Tengku Permaisuri Norashikin dalam penampilannya.

Baca juga: Fazura Teruja, Anak Terima Hadiah Rantai Berlian Daripada Tengku Permaisuri Norashikin

Menerusi hantaran di laman sosial Instagram, Fazura menyatakan Tengku Permaisuri Norashikin memilih untuk menggayakan tudung keluarannya iaituTudung Fazura dalam sebuah majlis.

Tudung berkenaan dari koleksi ‘Kak Uda’  dijual dengan harga RM27.

“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.

“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.

“Dari telaga yang jernih, tidak akan mengalir air yang keruh. Siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Suri teladan seluruh negeri. Junjung Kasih Tuanku. Semoga ALLAH SWT terus merahmati DYMM Tengku Permaisuri Selangor,” titip Fazura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Warga maya rata-rata memuji penampilan dan imej Tengku Permaisuri Norashikin yang manis.

Susulan dari itu, ramai di kalangan peminatnya mula mencari tudung berkenaan untuk dimiliki.

– “Terus nampak exclusive dan expensive.”

– “Nak place order laaa Kak Udaaaa.”

Iklan

– “ Bestnya… Please restock dear.”

– “Sungguh rupawan permaisuri negeri saya.”

– “Mohon keluarkan balik Kak Uda.”

– “Masya-ALLAH…bertuah sungguh Fazura dapat penghargaan dari Tuanku Permaisuri memakai tudung Fazura. Kelihatan sangat jelita dan eksklusif!”

Iklan

Baca juga: Fazura Menitiskan Air Mata 80,000 Tudung Habis Dalam 2 Jam, Anggaran Jualan RM2.16 Juta

Baca juga: Fazura terima hadiah istimewa dari Tengku Permaisuri Selangor

Terdahulu, viral di laman sosial 80,000 helai tudung keluaran aktres berkenaan terjual dalam masa dua jam.

Fazura pernah mendedahkan tudung jenamanya itu sengaja dijual pada harga mampu milik bagi membolehkannya membantu berkongsi rezeki dengan kaum wanita dan ibu tunggal terutamanya yang kehilangan mata pencarian susulan perintah kawalan pergerakan.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: @missfazura