Fazura menitiskan air mata 80,000 tudung habis dalam 2 jam, anggaran jualan RM2.16 juta

A
A
A

NIAT murni menjual tudung dengan harga mampu dimiliki berbalas dengan kebaikan. Rezeki aktres Fazura melimpah ruah dengan terjualnya koleksi tudung beliau dalam masa yang singkat.

Dalam penstriman langsung di Instagram, Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin turut menitiskan air mata meluahkan rasa sebak dengan sambutan luar biasa diterima.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membeli dalam masa sama membantu 4,000 peniaga kecil di bawahnya.

Baca juga Terkejut Nama Trending Di Twitter, Fazura Sangkakan Kerana Lemang

Dalam pada itu, ibu kepada Nur Fatima Aisya itu turut mengulas tentang harga Tudung Fazura.

“Kenapa saya jual RM27, sekali lagi, saya nak semua orang mampu untuk beli. Kita nak bantu, kalau saya nak kaut untung boleh sahaja saya jual mahal lagi.

“Ini supaya ramai boleh beli dan ramai dapat dibantu. Kebanyakan daripada mereka kaum wanita, ibu, ibu tunggal dan sebagainya. Mereka dah banyak hilang mata pencarian. Macam-macam dugaan yang mereka hadapi,” kata isteri kepada pelakon Fattah Amin itu.

Baru-baru ini, tular perkongsian seorang netizen di Twitter yang membuat kiraan hasil jualan Tudung Fazura itu dianggarkan mencecah RM2.16 juta.

Fazura yang mula berhijab sepenuhnya Julai lalu tampil menawan dengan imejnya kini. Semoga kisah kejayaan beliau menyuntik semangat dan inspirasi buat kita semua.

Sumber: Instagram Fazura, Tudung Fazura

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca