Fazura pertaruh Noktah sebelum bergelar ibu

Untitled design (43)
Untitled design (43)
A
A
A

BIARPUN sedang sarat mengandung dan akan melahirkan anak sulung tidak lama lagi, ia tidak menjadi penghalang buat Fazura, melancarkan lagu baharu berjudul Noktah.

Lagu ditulis dan digubah oleh Ezra Kong itu menceritakan pasangan yang tidak berdaya lagi untuk menyelamatkan hubungan mereka.

“Saya pasti setiap wanita pernah merasa tiada harapan apabila berada dalam sesebuah hubungan toksik.

“Tidak mudah untuk meninggalkan seseorang yang kita sayang tapi kita harus lakukan demi kebaikan sendiri. Apa yang penting adalah kita perlu menghormati dan menyayangi diri kita terlebih dahulu dan belajar untuk meninggalkan sesuatu yang gagal untuk dipertahankan,” katanya mengulas keistimewaan lagu Noktah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kenny Ong berkata, lagu Noktah boleh dikaitkan dengan ramai orang dan ada antaranya pernah melalui situasi serupa.

“Saya suka mencipta satu persona dan cerita pada setiap kerja saya untuk membantu pendengar merasa lebih dekat dengan lagu tersebut.

“Untuk lagu Noktah, hampir setiap daripada kita pernah melaluinya dan ia juga sebagai peringatan kepada kita untuk kuat melepaskan apabila perlu,” ujarnya.

Tambah Kenny, dia juga begitu kagum dengan semangat Fazura yang masih gigih untuk bekerja, biarpun sedang sarat mengandung.

“Keluarga Universal Music Malaysia sangat teruja dengan pelancaran lagu terbaru Fazura, Noktah. Tiada apa yang dapat menghalang Fazura biarpun beliau sedang sarat mengandung.”

“Beliau masih lagi gigih bekerja dan baru-baru ini Fazura turut telah melancarkan produk penjagaan kulit dengan namanya sendiri, Fazura Skincare. Dan sekarang beliau melancarkan pula lagu terbarunya, Noktah, sebelum menjadi seorang ibu,” jelasnya.

Video muzik Noktah diarahkan dan dihasilkan oleh Nadirah Zakariya dan Junad M. Nor dari Layar Lucida, yang juga bertanggungjawab untuk video muzik single Fazura, Be Honest.

Noktah boleh didapati di platform digital seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan juga Deezer bermula 25 September lalu. Manakala muzik video ini boleh ditonton di saluran YouTube Fazura Official bermula 27 September 2020.

[embed]https://youtu.be/dEM97u92F34[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca