PELAKON cantik, Nur Fazura selamat bersalin anak perempuan sulungnya hari ini.

Berita gembira itu dikongsikan Fazura dan suaminya, Fattah Amin menerusi akaun Instagram mereka, kira-kira jam 2 petang tadi.

“Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami telah selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini, 14 Safar 1442 Hijrah bersamaan dengan 2 Oktober 2020.

“Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga,” tulis kedua-duanya beserta gambar jari jemari anak mereka.

Bagaimanapun ujar Fattah, dia meminta sedikit masa untuk merahsiakan wajah dan nama puteri mereka.

“Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW. In shaa Allah.

“Terima kasih kami ucapkan buat anda semua dikasihi, yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan,” ujarnya.

Fattah dan Fazura bernikah secara tutup pada 27 November 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

https://www.instagram.com/p/CF1OWL3M28p/?utm_source=ig_web_copy_link