PELAKON Fendy Bakry mengakui isterinya, Ayu Afnizar, 27, adalah seorang penjawat awam.

Bagaimanapun demi menghormati permintaan isterinya, dia enggan berkongsi secara terperinci profesian wanita itu.

Ujar Fendy atau nama sebenarnya, Mohd. Affandi Nor Bakri, 32, walaupun mereka berkenalan ketika wanita tersebut masih menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris, isterinya itu bukan seorang guru.

“Ya, dia seorang penjawat awam. Cuma, isteri minta rahsiakan pekerjaannya, tapi bukan guru.

“Statusnya juga seorang bujang,” katanya seperti dilaporkan Astro Gempak.

Ditanya keputusannya merahsiakan perhubungan cinta tersebut, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Mr. Grey itu berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan, hanya sekadar tidak mahu menghebahkan perkara yang belum pasti.

“Kami bukanlah merahsiakan. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh. Lebih-lebih lagi bila kita tak tahu sama ada hubungan itu pasti atau tidak.

“Takut juga berlaku macam sesetengah orang apabila berkongsi sana sini, sekali tahu-tahu putus pula hubungan tersebut. Jadi, bila dah sampai masanya barulah kami kongsikan,” katanya.

https://www.instagram.com/p/CElQAmQJ05a/?utm_source=ig_web_copy_link

Terdahulu, Fendy turut berkongsi gambar sekitar majlis pernikahannya buat pertama kali di Instagram yang diadakan pada 30 Ogos lalu.

Iklan

“Sungguh tidak disangka yang saya jadi suami orang.

“Dulu selalu cakap ‘ah nak bina empayar dululah baru kahwin’. Sebenarnya dalam kita sudah berumah tangga pun kita boleh seiring untuk membina kerjaya sama-sama.

“Apatah lagi untungnya sebab ada tulang belakang yang kuat.

Iklan

“Apa pun terima kasih mendoakan saya. Teruskan sokong kerjaya saya sebagai anak seni. Kerjaya saya seiring dengan sokongan anda semua.

“Semangat anda saya tumpang untuk terus berkarya,” tulisnya.