FENOMENA luar biasa M-World yang melanda Malaysia pada 2 hingga 12 April lalu telah membawa semua pemain untuk bersama-sama berjuang demi kemenangan.

Siri mini animasi 515 telah mencatat lebih daripada 2 juta tontonan di laman YouTube sekaligus menjadikannya sebagai sebuah kejayaan yang besar.

Berkisar tentang watak kegemaran peminat seperti Tang Wanwan, Ling dan Yin sebagai wira utama untuk siri ini, kempen tersebut mendapat pujian daripada penonton, dengan menyatakan bahawa Mobile Legends: Bang Bang ‘meningkatkan lagi skill permainan mereka’ dan ‘melakukannya dengan lebih baik kali ini’.

Sebagai tanda penghargaan untuk peminat di Malaysia, Mobile Legends: Bang Bang telah bekerjasama dengan selebriti tempatan seperti Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem bagi menghidupkan Tang Wanwan, Ying dan Ling.

Pemilihan selebriti tersebut bertepatan dengan imej mereka sebagai figura yang dikenali ramai sememangnya menepati perwatakan dan ciri-ciri 515 wira ini.

Selain itu, dalam 30 hari yang terakhir, Mobile Legends: Bang Bang mempunyai 80 juta pemain aktif yang berjaya mendaftar masuk dan ia adalah hasil penerimaan positif terhadap kempen 515 dengan kemunculan watak trio: Tang Wanwan, Ling dan Yin.

Dalam masa yang sama, Mobile Legends: Bang Bang juga telah mengeluarkan dua runut bunyi iaitu We Better Than Me dan gabungan semula solo lagu tema acara 515.

Lagu baharu tersebut berjaya menawan hati pengguna TikTok, kerana ia merupakan salah satu lagu yang menjadi trend di platform itu.

Semasa acara 515, terdapat pelbagai ‘cover’ yang dibuat oleh ramai penyanyi yang kini mendapat lebih daripada 300 ribu jumlah tontonan.

Malah, bermula 13 April hingga 3 Mei lalu, peminat Mobile Legends: Bang Bang telah terkesima dengan filem mini aksi Tang Wanwan, Ling dan Yin, masing-masing dilakonkan oleh Janna Nick, Hun Haqeem dan Hairul Azreen.

Iklan

Untuk rekod, filem mini Tang Wanwan oleh Janna Nick telah meraih lebih 1 juta tontonan di Instagram dan TikTok serta disambut dengan penuh kasih sayang oleh peminat dan pengikutnya.

Dalam semangat menyambut Aidilfitri, video Hari Raya yang dibintangi oleh Janna Nick, Hairul Azreen, dan Hun Haqeem secara rasmi telah menjadi video yang paling banyak ditonton di saluran YouTube Mobile Legends: Bang Bang Malaysia dengan capaian lebih 980 ribu tontonan dalam masa kurang daripada sebulan.

Bukan itu sahaja, pelbagai lukisan grafiti AR Mobile Legends: Bang Bang telah menghiasi beberapa buah dinding di Kuala Lumpur dan Johor Bahru untuk diterokai oleh peminat mereka.

Iklan

Lukisan itu merupakan karya sekumpulan lima artis grafiti untuk mewakili acara 515 yang bertemakan We Better Than Me.

Selain itu, video TikTok di akaun rasmi Mobile Legends: Bang Bang mengenai dinding grafiti tersebut telah mendapat lebih dari 1.1 juta tontonan video hasil daripada gaya lukisan yang luar biasa dan futuristik.

Pempengaruh media sosial dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru turut hadir melihat dan berswafoto dengan AR Tang Wan Wan.