Filem dan drama menarik dari Primeworks Studio di Disney+ Hotstar

Untitled design (2)
Untitled design (2)
A
A
A

BAGI menzahirkan sokongan terhadap komuniti filem tempatan, Disney+ Hotstar memeterai satu siri perjanjian dengan pengedar dan aggregator kandungan premium di Malaysia, Primeworks Studios.

Bermula 1 Jun, penonton di Malaysia boleh mengakses lebih 500 jam untuk filem dan drama termasuk tayangan perdana filem blockbuster dan drama hebat yang dinantikan di Disney+ Hotstar.

Penonton boleh melanggan Disney + Hotstar dari laman web (disneyplushotstar.my) atau dengan memuat turun aplikasi Disney+ Hotstar pada peranti Android dan iOS.

J2: J Retribusi, WiFi Di Sebelah Rumah, Semanis Senyumanmu, Single Terlalu Lama dan Kekasih Hati Mr. Bodyguard adalah antara filem dan drama siri  hebat diumumkan pada pelancaran Disney+ Hotstar bersama media pada Khamis lalu.

Selain itu, saksikan juga filem dan siri animasi seperti Ejen Ali, Ejen Ali the Movie dan Ali dan Sofia.

Dengan pelancaran perkhidmatan strim Disney+ Hotstar yang boleh dilanggan dengan harga

RM 54.90 selama tiga bulan, penonton kini boleh menikmati lebih daripada 800 filem dan 18,000 episod, yang juga merangkumi filem dan drama siri premium dari Primeworks Studios selain dari kandungan jenama hiburan ikonik Disney seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars, National Geographic, FX, 20th Century Studios dan banyak lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca