Filem dicetak rompak, penerbit AADD tetap teruskan saman

Ada Apa Dengan Dosa
Ada Apa Dengan Dosa
A
A
A

PENERBIT filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD), Datuk Ayu Puteh tekad untuk meneruskan saman terhadap sebuah platform e-dagang berhubung penjualan filem tersebut secara haram dengan harga serendah RM1.

Menurut Ayu, dia menerusi peguamnya telah memfailkan saman tersebut kepada pihak terbabit dan kini sedang dalam proses untuk tindakan selanjutanya.

“Selepas saya mengumumkan untuk menyaman mereka, link filem AADD terus diturunkan daripada platform tersebut setengah jam kemudian.

“Walaupun mereka telah padam, saya tetap akan meneruskan saman ini untuk memberi pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai tentang kesalahan merompak  hak cipta dan karya orang lain.

“Sehingga kini, tiada sesiapa pun dari pihak terbabit datang berjumpa saya berkenaan perkara tersebut kerana mungkin mereka tahu ia bukan satu tindakan yang bijak, apatah lagi saya mempunyai bukti yang jelas,” katanya yang ditemui selepas tayangan perdana filem AADD di MM Cineplex, e@Curve pada Isnin.

AADD yang juga karya arahan Rahila Ali itu ditayangkan di Astro First pada Jun, sebelum perbuatan cetak rompak filem tersebut dikesan pada Ogos baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ayu tidak menolak kemungkinan perbuatan tersebut didalangi oleh ‘orang dalam’ sendiri.

“Saya dapati filem yang ditayangkan di platform terbabit mempunyai dua versi iaitu yang ada logo Astro First dan satu yang tanpa logo dengan durasi penuh.

“Saya tidak mahu mengulas lebih, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkaitan untuk membuat siasatan tentang perkara ini.

“Sekali lagi saya tegaskan, saman ini tetap saya teruskan kerana mahu semua orang lebih bertanggungjawab dan tidak sewenangnya merompak karya intelek orang lain demi kepentingan sendiri,”  katanya.

AADD yang menampilkan barisan pelakon seperti Wanna Ali, Haris Ismail, Fasha Sanda, Ashraf Muslim dan Adam Corrie itu bakal menemui penonton di pawagam mulai 10 September ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca