PENYEDIA perkhidmatan penstriman video terkemuka iQIYI bakal menyajikan pelbagai senarai tontonan baharu dan eksklusif untuk tontonan di Malaysia sepanjang Oktober.

Sempena pesta Halloween, para penonton bakal mengalami detik-detik seram dengan sajian koleksi filem seram Korea.

Antaranya ialah Intruder, The Closet, The Divine Fury, Beasts Clawing at Straws, Spellbound, Rampant dan Along with the Gods.

Manakala untuk drama Melayu pula, iQIYI menampilkan drama komedi popular, Kampung People 2 yang sekali lagi menyaksikan gandingan pelakon popular yang terdiri daripada Rashidi Ishak, Elly Mazlein, Hun Haqeem dan Reina Diana, selain penampilan istimewa Adibah Noor.

Penonton juga berpeluang menikmati senarai tontonan original iQIYI yang bakal dilancarkan, termasuk Search yang dibintangi Kristal daripada kumpulan K-Pop f(x).

Diikuti drama komedi romantik berjudul The Spies Who Loved Me, Marry Me, The Blooms at Ruyi Pavilion, 18 Again, Tale of the Nine Tailed dan My Dangerous Wife.

Sementara itu drama yang dinanti-nantikan, Cinta Sekali Lagi, lakonan Saharul Ridzwan, Nelydia Senrose dan Hannah Delisha juga bakal menyusul tayangannya di iQIYI, selain drama komedi romantik, Biar Mereka Cemburu.

Iklan

Tidak ketinggalan drama-drama menarik dari Korea yang turut bakal dilancarkan termasuk Birthcare Centre dan Live On.

Penonton dapat mengakses kesemua rancangan tersebut secara percuma menerusi laman web iQIYI International di iQ.com atau aplikasi mudah alih iQIYI yang boleh dimuat turun dari Apple Store atau Google Play Store.

Iklan

 

(FOTO: iQIYI)