FILEM Jebat apabila berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dalam tempoh empat hari tayangan di Astro First sejak ditayangkan pada 3 September lalu.

Karya arahan Jamal Khan itu merupakan kesinambungan daripada drama rantaian popular, Bukan Kerana Aku Tak Cinta  yang pernah disiarkan di Astro pada tahun 2013.

Sambutan terhadap drama tersebut berterusan sehingga ke filem apabila ramai penonton dan pengikut setianya teruja untuk menyaksikan sambungan kisah tersebut selepas tujuh tahun.

Penerbit Eksekutif Filem Jebat, yang juga merupakan pemilik produksi Pena Creative Pictures, Datuk Ziela Jalil melahirkan rasa syukur dan berbesar hati dengan respon positif daripada penonton.

“Saya bersama seluruh tenaga produksi yang terlibat tentunya rasa amat gembira atas kejayaan serta sokongan padu penonton terhadap filem Jebat.

“Saya menerima maklum balas bahawa rata-rata penonton terhibur dengan filem ini yang cukup dengan elemen aksi, komedi, sedih dan romantik.

“Tidak dinafikan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose juga mengubati rindu penonton.

“Saya harap penerimaan positif ini berterusan dan secara tidak langsung mampu mengajak lebih ramai lagi untuk menonton Jebat,” ujarnya.

Gandingan serasi, Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose

Kejayaan yang diraih filem tersebut turut memperlihatkan perkembangan positif dalam penjanaan semula industri perfileman Malaysia.

Iklan

Jebat menampilkan pelakon utama Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose sebagai teraju utama. Pelakon lain yang turut membintangi filem itu ialah Sangeeta Krishnasamy, Idris Khan, Carmen Soo, Louisa Chong,  Peter Davis dan lain-lain.

Filem ini mengisahkan tentang Jebat dan Mastura yang bercuti bulan madu di luar negara. Bagaimanapun, sepanjang berada di sana, berlaku beberapa kejadian yang tidak disangka dan membuatkan Jebat sedar ada sesuatu yang tidak kena. Bagi melindungi Mastura, dia terpaksa kembali ke sarang gangster yang telah lama di tinggalkan.

Iklan

Saksikan filem Jebat yang kini boleh ditonton di pawagam rumah anda, Astro First. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (dua hari) secara berulang-ulang.

 

(FOTO: Astro Shaw)