RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan Rizky Billar membaling bola snuker ke arah isterinya, Lesti Kejora akhirnya terbongkar.

Rakaman CCTV yang dikongsikan secara eksklusif oleh detikcom menunjukkan aksi Rizky membaling bola snuker ke arah Lesti tetapi tergelincir.

Kejadian pada 29 Oktober 2021 itu dipercayai berlaku ketika Lesti sedang hamil.

Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Endra Zulpan mengesahkan telah menerima video berkenaan dan berkata ia sedang disiasat.

Dalam laporan berhubung dakwaan keganasan rumah tangga, polis mendedahkan Lesti sering menjadi mangsa keganasan rumah tangga dan salah satunya ialah hampir dibaling bola snuker oleh suaminya.

Baca juga: Lesti Kejora dakwa bola snuker hampir hinggap di kepala, rupanya biasa dikasari Rizky Billar

Kredit foto: Pexels (Pavel Danilyuk)

“Ya, memang benar dan itu memang salah satu bukti yang dikemukakan oleh Lesti Kejora,” kata Zulpan.

Rakaman video berkenaan memaparkan Rizky memakai baju biru berdiri di hadapan meja pool bersebelahan kolam renang.

Aktor berusia 27 tahun itu dilihat mengambil bola snuker dan membalingnya ke arah Lesti yang berdiri di tepi kolam renang.

Namun, lemparan tersebut tersasar selepas Rizky tergelincir. Beliau kemudian mengambil bola berkenaan dan membalingnya ke dalam kolam renang sambil meninggalkan Lesti.

Terdapat beberapa individu dilihat berada di lokasi berkenaan dan turutmenyaksikan insiden terbabit.

Terdahulu, Rizky menafikan perbuatan berkenaan yang mana salah seorang peguam beliau, Surya Darma Simbolon berkata anak guamnya itu tidak membaling bola berkenaan tetapi hanya menggertak Lesti.

Baca juga: Masuk pertandingan menyanyi untuk biaya kos pembedahan bapa, ini kisah Lesti Kejora sebelum popular

Iklan

Sebelum ini SinarPlus pernah berkongsi tentang kenyataan Polis Indonesia tentang dakwaan keganasan rumah tangga yang dilakukan oleh Rizky Billar ke atas Lesti Kejora.

Baca juga: Tepis dan terjatuh, bukan hempas, peguam kongsi kronologi versi Rizky Billar, berbeza dengan laporan Lesti Kejora

Pasangan selebriti itu mendirikan rumah tangga pada 19 Ogos 2021.

Iklan

Kemudian baru diketahui Rizky dan Lesti telah bernikah secara siri pada April 2021. Daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Leslar Al-Fatih Billar pada 26 Disember 2021.

Baca juga: Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos

Sumber: Detik.com, Instagram Detik.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.