SELEPAS kejayaan filem Polis Evo dan Polis Evo 2, filem aksi blockbuster terlaris kini kembali untuk melengkapkan triloginya menerusi Polis Evo 3.

Bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini, Pengarah Muda Syafiq Yusof diberi tanggungjawab untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik.

Polis Evo 3 turut mengembalikan tonggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai.

Selain itu, filem tersebut turut membariskan nama-nama hebat lain seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Baca ni ‘Awal-awal dah nangis.’ Hamil enam bulan & bakal beraya bersama suami, Wany Hasrita luah rasa sedih bakal berjauhan dengan ibu

Lebih menarik lagi, ia turut dijayakan dengan penampilan khas Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah dan Iman Corrine Adrienne.

Nama-nama lain ialah Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial, Zukieeeee.

Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Datuk Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati.

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18 juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25 juta, naskhah hebat berkenaan memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri.

Sehubungan itu, Syafiq meletakkan harapan besar agar Polis Evo 3 mengulangi kejayaan serupa.

Untuk rekod, Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar manakala Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew.

Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures.

Baca ni ‘Hadiah indah daripada anak untuk ibu.’ Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

FILEM LUAR BIASA

Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara , Raja Jastina Raja Arshad berkata, Polis Evo 3 menampilkan lebih aksi, lebih dramatik, dan mengembangkan ‘keluarga Polis Evo’ melalui watak-watak baharu.

Iklan

“Kami harap kemunculan semula selepas lima tahun dapat memberi keterujaan kepada penggemar, penonton dalam dan luar negara serta industri perfileman tempatan,”ujarnya.

Sementara itu, pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam yakin dengan kemampuan anaknya, Syafiq dalam menghasilkan sebuah filem luar biasa.

“Nantikan filem Polis Evo 3 dan harapan kami agar karya ini mampu mencipta fenomena tersendiri serta memberi kejutan dalam industri perfileman kita,” ungkap beliau.

Baca  lagi  Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Iklan

Baca lagi ‘Bila ALLAH tak bagi, jangan prejudis, jangan marah.’ Banyak dugaan nak tunai umrah, perkongsian Datin Alyah bikin sebak!

Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza.

Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.