Gelak: Gempak misi mencari pelawak komediri

Untitled design (16)
Untitled design (16)
A
A
A

SEJAK 5 Februari lalu, program terbaharu, Gelak: Gempak sudah menemui penonton di saluran Astro Warna HD (107) dan Astro Warna (127).

Program realiti terbaharu daripada Astro itu berkonsepkan pertandingan pencarian bakat hasil kerjasama dengan LOL Asia bagi kategori pelawak komedi berdiri atau komediri (stand-up comedian).

Bersiaran untuk 10 episod, program ini menyaksikan 16 peserta bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM25,000 sumbangan Astro, manakala tempat kedua dan ketiga, masing-masing akan menerima RM7,000 dan RM3,000 berserta trofi.

Setiap peserta akan diadili berdasarkan pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada nama-nama besar industri komedi seperti Datuk Afdlin Shauki, Sherry Alhadad dan Nabil Ahmad.

Kesemua juri bakal menilai peserta berdasarkan tahap kreativiti, persembahan pentas serta isi kandungan jenaka.

Sementara itu, pelawak komediri tersohor, Prakash Daniel hadir sebagai jurulatih jemputan untuk para peserta.

Bagi memeriahkan lagi penerbitan program Gelak: Gempak, Harith Iskander dan Douglas Lim turut diundang sebagai juri serta mentor jemputan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca