Gigi Hadid kongsi nama anak perempuan

A
A
A

SETELAH hampir empat bulan menyambut kelahiran cahaya mata sulung, akhirnya Gigi mendedahkan nama anak perempuan mereka sebagai Khai.

Supermodel itu berkongsikan mengenai perkara itu menerusi ruangan bio di laman Instagramnya pada Jumaat.

Gigi, 26, meletakkan entri 'Khai's mom' di ruangan tersebut yang pantas meraih perhatian daripada peminatnya yang selama ini ternanti-nantikan perkembangan terbaharu mengenai anaknya.

Bagaimanapun, pasangan ini masih belum terbuka untuk berkongsi wajah Khai buat tatapan umum.

Di sebalik perkongsian nama itu, ada yang merasakan Gigi dan pasangannya, Zayn Malik mendapat inspirasi nama itu menerusi nenek Gigi iaitu Khairiah Hadid.

Gigi dan Zayn yang juga bekas ahli kumpulan One Direction itu mula bercinta sejak November 2015. Mereka berpisah pada 2018 dan kembali bersama pada Januari 2020.

Zayn pada September lalu berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka menerusi akaun Twitter miliknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca