Giliran Fad sertai Hot FM, lengkapkan trio Jam Hot

Untitled design (88)
Untitled design (88)
A
A
A

PELAWAK terkenal Fad Bocey secara rasminya menyertai Hot Fm bermula 1 Mac lalu.

Pengumuman itu dibuat ketika slot Jam Hot pada jam 4 petang, Isnin lalu.

Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam dipilih untuk meneraju segmen Jam Hot bersama Haziq dan Deen, pada setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 4 petang hingga 8 malam.

“Terima kasih @hotfm976 @haziq_hotfm dan @deen_hotfm kerana menerima diri ini seadanya…” ujar Fad ringkas menerusi akaun Instagramnya.

Terdahulu Hot FM mengumumkan trio baru Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Mark Adam, Fizie dan Riena Diana yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 6 hingga 10 pagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca