Giuliana Rancic lepas tugas selepas positif Covid-19

Untitled design (14)
Untitled design (14)
A
A
A

PENGACARA popular saluran E!, Giuliana Rancic dan koresponden khas, Vivica A Fox terpaksa melepaskan tugas mengacarakan acara karpet merah di Anugerah Emmy selepas kedua-duanya positif Covid-19.

Tempat mereka digantikan dua selebriti Brad Goreski dan Nina Parker.

Menerusi video pendek yang disertakan ketika rancangan bersiaran, Giuliana, 46, memberitahu seluruh keluarganya disahkan positif virus berkenaan.

Justeru dia bersama suami, Bill, 49, dan anak mereka, Duke, 8, menjalani pengasingan di rumah.

"Sebagai mematuhi garis panduan yang ketat untuk E! dan NBCUniversal terutama menjelang acara besar seperti ini, saya menjalani ujian saringan sebelum disahkan positif.

"Saya sangat lega kerana mengetahuinya sebelum saya melakukan perjalanan atau menjangkiti orang lain. Jadi, saya amat lega," katanya.

Menurut Giuliana, dia dan dua ahli keluarganya berada dalam keadaan baik.

"Saya berharap anda semua dapat melindungi keluarga anda dan menjaga mereka daripada virus ini. Jaga diri dan semoga berjumpa di acara karpet merah seterusnya," katanya.

Sumber : Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca