PERJALANAN konsert ketiga Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada malam Ahad menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan.

Menerusi konsert yang bertemakan Cuba Try Test itu, semua bintang GV7 dikehendaki membawa lagu genre berbeza yang sering dibawakan oleh mereka.

Bagaimanapun salah seorang bintang GV7, Yantzen yang sepatutnya menyampaikan lagu Malam Ini Kita Punya nyanyian asal kumpulan Bunkface, tidak dapat membuat persembahan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

BARISAN JURI
Barisan juri pada konsert ketiga GV7. Dari kiri : Datuk Ramli MS, Datuk Khatijah Ibrahim dan Datuk Syafinaz Selamat.

Ketua juri, Datuk Ramli MS berpendapat, tidak adil jika ada bintang tersingkir kerana ketiadaan salah seorang peserta membuat persembahan.

“Dia sakit jadi benda itu tidak boleh dielakkan tapi dia dalam pertandingan saya rasa penyingkiran tidak sepatutnya ada pada hari ini,” ujarnya menjawab pertanyaan Nabil sebelum segmen Ada Lagu, Ada Lagi.

Ini sekali gus memperlihatkan kumpulan Indigo, terselamat daripada penyingkiran apabila berada di kedudukan paling bawah dengan markah 50.60 peratus (%).

Turut sama berada dalam tiga kedudukan terendah bersama Indigo adalah Ashira (56.20%) dan Cliff Umuar (53.40%).

Pasangan pengacara Nabil iaitu Jihan Muse turut memaklumkan Yantzen  masih diberi peluang meneruskan perjalannya ke minggu keempat.

Kesemua persembahan diadili oleh dua juri tempat iaitu Ramli MS bersama Datuk Khatijah Ibrahim dan juri jemputan Datuk Syafinaz Selamat.

AYU DARMIT
Ayu tampil dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Senyuman Ragamu sehingga juri jemputan, Datuk Syafinaz meminta Ayu untuk kembali aktif selepas berakhirnya GV7 nanti.

Ini kedudukan peserta dan markah penuh yang diperolehi bintang GV7:

Iklan
  1. Ayu Damit –  80.60%
  2. Noraniza Idris – 73.40%
  3. Linda Nanuwil – 70.80%
  4. Muss – 69.60%
  5. Aju Success – 68.80%
  6. Nomad – 63.60%
  7. Oja – 63.00%
  8. Rozita Izlyn – 60.60%
  9. Eva – 59.80%
  10. Ashira – 56.20%
  11. Cliff Umar – 53.40%
  12. Indigo – 50.60%
  13. Yatzen – 0.00%

Sementara itu, Oja diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi apabila mendapat undian tertinggi di laman web Astro Gempak sepanjang minggu ini.

oja
Oja menerima dua hadiah daripada undian peminat pada konsert ketiga GV7.

Bukan itu sahaja, Oja turut membawa pulang Anugerah CUCKOO Healthy Home, selepas menerima kicauan (tweet) dengan undian hashtag paling banyak di media sosial Twitter sepanjang siaran langsung.

Dalam pada itu segmen Kongsi Rezeki menyaksikan penyanyi dan pelakon veteran Mimi Loma menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.

Iklan

13 bintang kekal meneruskan perjalanan di minggu keempat GV7 bertemakan Lagu-Lagu Berhantu.

Senarai lagu untuk tugasan minggu keempat :

  1. Jahat – Ayu Damit
  2. Saat Ku Idamkan – Noraniza Idris
  3. Kemarin – Linda Nanuwil
  4. Dan Sebenarnya – Muss
  5. Pusaraya Di Lebuhraya – Aju Success
  6. Rahsia Perempuan – Nomad
  7. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Oja
  8. Ku Seru – Rozita Izlyn
  9. Kini – Eva
  10. Cinta Beralih Arah – Ashira
  11. Dialah Di Hati – Cliff Umar
  12. Hidup Dalam Mati – Indigo
  13. (Belum diumumkan) – Yatzen

GV7 bersiaran secara langsung selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104).