Habsah Hassab, Yusry & Nora terima gelaran Datuk

Untitled design - 2021-02-01T122205.361
Untitled design - 2021-02-01T122205.361
A
A
A

TIGA karyawan iaitu Habsah Hasan, Yusry Abdul Halim dan Nora Ariffin antara 335 penerima Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Mereka masing-masing menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.

Habsah merupakan penulis lirik dan telah menghasilkan 1,300 buah lirik lagu termasuk lagu bertemakan kenegaraan, nasyid dan korporat.

Tidak hanya berbakat dalam penghasilan lirik lagu, figura berusia 72 tahun itu juga berkebolehan menulis skrip, sajak dan kini aktif dalam dunia belakang tabir sebagai penerbit.

Yusry pula cukup dikenali bersama adik-beradiknya menerusi trio KRU dan turut aktif dalam dunia lakonan serta belakang tabir sebagai pengarah drama, filem dan juga muzik video.

Dalam pada itu, Nora sudah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia nyanyian sudah memperoleh pelbagai pengiktirafan sebelum ini.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.

Menurut Annuar, tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca