PELAKON Zahiril Adzim memohon orang ramai agar mendoakan bapanya yang akan menjalani pembedahan hari ini.

Menurut Zahiril, 37, pembedahan tersebut bagi merawat kansert bapanya yang kini berada di tahap tiga.

“Ayah saya akan menjalani pembedahan esok (hari ini) untuk merawat kanser beliau, tahap tiga.

“Sejak akhir-akhir ini, selepas buat kimo ayah nampak makin sihat, makin berisi. Gembira kami sekeluarga tengok.

“Pembedahan ini adalah rawatan terakhir untuk merawat kanser ayah kata doktor. Mudah-mudahan kanser ayah dapat dibuang dan ayah kembali sihat dan boleh terus berkebun di belakang rumah,” ujarnya.

Bersempena hari ulang tahun kelahirannya pada 23 Januari, bintang KL Gangster Underworld 2 itu menganggap segala doa yang dititipkan terhadap bapanya itu sebagai hadiah hari jadi paling istimewa buatnya.

“Serious, tahun ini birthday saya tak nak mintak apa-apa, selain daripada doa anda semua. Jarang-jarang saya mengharapkan apa-apa dari followers dan supporters saya, cuma kali ini saya berhajat sangat agar kalian mendoakan pembedahan ayah saya berjalan dengan lancar dan ayah dikurniakan kesihatan seperti sediakala.

Iklan

“Doa dan tawakkal dari kami sekeluarga telah dan sedang kami jalankan,” katanya.

Ruangan komen status tersebut dihujani dengan kata-kata positif dan doa agar pembedahan tersebut Berjaya dan bapanya Kembali sihat seperti sedia kala.

Iklan

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Zahiril Adzim)