SEBAK dan teruja! Itulah perasaan yang dapat digambar daripada riak wajah pelakon dan pempengaruh, Norreen Iman yang berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan umrah, pada Selasa.

Norreen berkata, beliau tidak menyangka kali ini diberikan hadiah ulang tahun paling bermakna dalam hidupnya.

“Alhamdulillah. Ulang tahun depan Kaabah, saya cuma niat nak pergi umrah tapi tak sangka dapat buat my first umrah on my birthday.

“Hadiah paling dahsyat saya dapat ini. Tak tercakap bila tengok Kaabah depan mata,” katanya menerusi Facebook.

Baca juga: ‘Rezeki orang baik.’ Terharu terima hadiah Ford Ranger Raptor, luahan hati Achey buat warga maya tersentuh

Ibu kepada dua cahaya mata itu turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakannya menjadi insan yang lebih baik.

“Terima kasih @ustazahnorhafizahmusa untuk doa buat saya. Segan sangat semalam. Jaranglah saya rasa tenang macam ni. For @tyaadnan , sayangnyalah kat dia ni. Dia tahu kita diam je semalam.

“Thank you la Tya buat kita senyum. Last but not least, terima kasih kepada semua orang yang doakan aku. I saw it, i read it. Aku sedih. Tapi aku happy. Insya-ALLAH, kita semua jadi a better person,” katanya.

Baca juga:‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

Selebriti seperti Sherry Ibrahim dan Catriona Ross serta warga maya turut tumpang gembira di atas rezeki Norreen dijemput ke Tanah Suci.

“Dia yang pergi..kita yang nangis..happy birthday Noreen..semoga ALLAH merahmati awak dunia dan akhirat,” kata shsafina.

Iklan

Baca juga:‘Impian nak sambut di Makkah, hadiah untuk mak.’ Sempena hari lahir, Siti Nurhaliza bawa suami, anak, ibu dan mertua tunai umrah

“Bestnya Noreen dapat Hidayah camni. suka tengok dari zaman noreen kat twitter kot aku follow Norreen punya gila-gila ni. Happy birthday Norreen!,” kata Miralalalala.

“Semoga ALLAH mudahkan setiap urusan Norreeeen. We all pray the best for you. Semoga Tuhan terus beri baraqah yang berpanjangan sehingga nafas terakhir ameen ya Rabb,” kata Fatinnabila.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!