REZEKI orang baik. Demikian kata-kata ditujukan warga maya buat pelawak, Achey yang bertuah menerima hadiah berupa kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger Raptor baru-baru ini.

Kenderaan berkenaan dihadiahkan oleh ahli perniagaan yang dikenali sebagai Faris Azri. Ujar beliau, ia adalah kejutan buat Achey dengan ikhlas hati membantu ketika beliau berhadapan kesukaran selepas akaun TikTok miliknya mengalami ‘shadow banned.’

Pelakon berusia 37 tahun itu terdahulu menghulurkan bantuan memuat naik video selepas akaun TikTok Faris ‘lumpuh.’

“Semasa saya berada di Johor, akaun saya kena shadow banned dan meminta bantuan Abang Achey blast video banyak-banyak untuk saya.

“Kalau saya capai satu angka tertentu, saya kata akan berikan Ford Ranger. Saya kotakan janji. Rezeki orang baik,” ujarnya sambil menyerahkan kunci kenderaan itu.

Kejutan tersebut ternyata mengundang air mata pemilik nama Mohd Nasir Hamzah dan memeluk Faris.

Momen istimewa berkenaan turut disaksikan isteri Achey, Nor Hasanah Yahaya atau Anne dan anak mereka , Tiara Zinnirah.

Juara rancangan televisyen realiti Bintang Mencari Bintang musim yang pertama itu baru-baru ini menzahirkan kesyukuran menerima kejutan berkenaan.

Kredit foto: Ford Malaysia

“Kepada anda di luar sana, yakinlah dengan keikhlasan dalam kerja kerana ALLAH.

“Yakinlah hasil itu kita tumpang daripada insan-insan yang kita perjuangkan,” titipnya.

Warga maya yang tersentuh dengan perkongsian Achey mengucapkan tahniah dan menjadikan sikap tidak berkira Achey sebagai inspirasi.

 

– “I’m happy for you brother, kau memang orang yang baik.” – Hairul Azreen

– “Tahniah orang baik. Betul orang baik ramai sayang, terbaik Faris beri Achey penghargaan ini.”

– “Tahniah abang, memang idola saya. Semoga terus sukses!”

Iklan

– “Rezeki orang baik. Berbaloi apa yang abang korbankan. Tahniah syukur Alhamdulilah.”

– “Tak berkira tolong orang, ALLAH kurniakan rezeki tak disangka-sangka. Tahniah bro.”

Sekadar info, Achey yang memiliki 2.5 pengikut di TikTok terdahulu pernah mencatat rekod 21 juta likes semasa penstriman langsung menerusi laman sosial itu.

Baca juga: Berkat rezeki Tiara Candy, Achey beli MPV jadikan van jenazah, wakaf percuma untuk golongan memerlukan

Iklan

Baca juga: 21 juta likes, 3,000 pek sold out 2 jam, kecil lagi pandai bisnes, Achey & isteri dorong Tiara berniaga

Baca juga: Keputusan IVF negatif, Achey pasrah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!