IMPIAN pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat untuk menghadiahkan sebuah rumah buat ibu tercinta sebelum mendirikan rumah tangga akhirnya menjadi kenyataan.

Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, membeli kediaman dua tingkat yang terletak di Eco Grandeur, Puncak Alam, Shah Alam, Selangor.

“Syukur alhamdulillah. Allah makbulkan doa saya. Rezeki dapat hadiahkan mama sebuah rumah.

“Saya beritahu Nabil, ada benda yang saya kena capai sebelum kahwin. Inilah antaranya. Buat mama bahagia sebelum sebelum saya bahagiakan orang lain. Lega hati ini Ya Allah,” kongsi Ayda menerusi Instagram miliknya.

Bintang utama Bukan Gadis Biasa itu turut mendoakan pengikutnya dapat membahagiakan orang tua, bukan sekadar dari segi harta benda semata-mata.

“Banyak lagi benda lain yang anda boleh buat untuk berbakti kepada mereka. Semoga tercapai. Insya-Allah.

Iklan

“Mama selalu telefon dan pesan : ‘Kakak (Ayda) jangan kerja kuat sangat, kena rehat juga’. Ma, kerja keras saya tidak setanding pengorbanan mama menjaga saya dan adik-adik. Saya sayang mama.

“Saya akan selalu menjaga mama walaupun sudah berkahwin nanti. Selalu dan selamanya,” ujarnya.

Iklan
Ayda membeli kediaman dua tingkat di Puncak Alam buat ibu tercinta.

Ayda akan mendirikan rumah tangga dengan tunangnya yang juga pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari tahun depan

Rata-rata teman selebriti dan peminat Ayda meluahkan rasa bangga terhadap usaha penyanyi yang cukup terkenal dengan lagu Pencuri Hati itu dan menyifatkan ia mampu memberi inspirasi kepada mereka yang bergelar anak.