Hamil empat bulan, Ummi Nazeera bakal timang cahaya mata kedua

ummi izzar
ummi izzar
A
A
A

PELAKON Ummi Nazeera berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila kini sedang hamil empat bulan.

Ummi, 30 menerusi laman Instagramnya pada Khamis, turut meminta orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya dan bayi dalam kandungan.

“Alhamdulillah saya nak kongsi di sini bahawa saya telah dianugerahkan rezeki untuk mengandung kali kedua dengan Izin Allah SWT.

“Saya minta tolong semua untuk doakan kesihatan kandungan saya yang kini berusia hampir empat bulan dan juga saya sihat walafiat.

“Semoga perjalanan kami dipermudahkan. Amin,” ujarnya.

Ruangan komen pada hantaran tersebut dihujani dengan ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan artis dan pengikutnya di Instagram.

Bintang filem Bisik pada Langit itu mendirikan rumah tangga bersama suami, Dr. Mohd Izzar Anwari pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ayra Aneesah yang kini berusia dua tahun.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Ummi Nazeera)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca