Hamil enam bulan, Mona Allen bakal bergelar ibu

A
A
A

PELAKON Mona Allen bakal bergelar ibu tidak lama lagi apabila kini sedang hamil enam bulan.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, mengesahkan perkara tersebut kepada sebuah portal, sekali gus menjawab teka-teki ramai berhubung kehamilannya sebelum ini.

Menurut isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu, dia dan suami tidak berniat untuk menyembunyikan berita tersebut daripada pengetahuan ramai tetapi merancang untuk mengumumkan berita gembira tersebut saat kandungan mencecah usia tujuh bulan.

Dalam satu hantaran di laman Instgramnya pada Sabtu, bintang Hati Yang Dikhianati itu turut memuat naik foto terbaharunya bersama suami yang jelas menampakkan baby bump.

Menzahirkan rasa syukur, Mona berharap agar semua pihak dapat mendoakan yang terbaik buat diri dan kandungannya.

“Alhamdulillah syukur. Doakan yang baik-baik ya,” ucapnya ringkas.

Perkongsian tersebut ternyata mengundang teruja kepada para peminat dan rakan-rakan artis yang turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah buat pasangan ini.

Mona dan Pekin mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018.

(SUMBER & FOTO: Instagram Mona Allen)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca