Hamil enam bulan, Zahirah dan Aiman bakal timang cahaya mata pertama

Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza
Zahirah Macwilson & Aiman Hakim Ridza
A
A
A

PELAKON Zahirah Macwilson mengumumkan kini sedang hamil enam bulan dan bakal menimang cahaya mata pertamanya bersama suami, Aiman Hakim Ridza tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut dikongsi Zahirah atau nama lengkapnya Nur Zahirah MacWilson Zainol, 25, menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto imbasan bayi dalam kandungannya pada malam Selasa.

“Sudah enam bulan cinta hati kami. Ibu dan ayah tak sabar untuk bertemu,” tulisnya ringkas.

Dalam pada itu, Aiman turut berkongsi berita sama dan meluahkan rasa teruja untuk menanti kelahiran cahaya mata mereka.

“Sangat teruja untuk bertemu si kecil yang merupakan sebahagian daripada saya dan insan yang saya cintai,” ujar Aiman.

Perkongsian tersebut menarik perhatian rakan-rakan dan pengikut pasangan itu di Instagram yang turut mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari lalu dan diraikan dalam sebuah majlis di Mercu Mustapha Kamal Petaling Jaya.

 

(FOTO: Instagram Zahirah Macwilson)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca