"Hampir putus nyawa", Roy kongsi pengalaman bergelar pesakit Covid-19

Penyanyi Roy
Penyanyi Roy
A
A
A

PENYANYI Roy meluahkan rasa syukur apabila kini bebas daripada jangkitan Covid-19 selepas lebih seminggu dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Roy atau nama sebenarnya, Mohammad Rauzan Alwi, 57, berkongsi keadaan terkini dirinya menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook (FB) miliknya pada Rabu.

“Alhamdulillah saya sudah dibenarkan keluar hospital dan dah pulih (negatif) dari Covid-19 tahap empat. Level kedua merbahaya, selain paru-paru kiri saya dijangkiti kuman Numonia 90%.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua sahabat di FB dan sahabat-sahabat, saudara-mara dan peminat-peminat saya di mana sahaja kerana sudi mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Roy juga meluahkan rasa terharunya apabila menerima banyak bantuan daripada rakan-rakan dan peminat sebaik sahaja mengetahui keadaan kesihatannya.

“Bantuan-bantuan yang saya terima walaupun tidak diminta tetapi telah diusahakan dengan bersungguh-sungguh oleh mereka atas simpati dan ambil beratnya mereka terhadap saya.

“Saya cukup terharu atas semua ini. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa anda semua semua.,” katanya.

Penyanyi Ratnaku itu juga turut berkongsi pengalamannya bergelar pesakit Covid-19 dan menasihati orang ramai agar sentiasa menjaga diri.

“Saya harap anda semua dapat jaga diri sebaik mungkin untuk tidak dijangkiti Covid-19.

“Saya dah rasa, jangan pula anda yang rasa. Ini memang masalah besar. Hampir putus nyawa. Bila-bila boleh berlaku dan juga di mana-mana.

“Saya panjatkan doa kepada Allah SWT untuk kesejahteraan dan keselamatan anda semua,” katanya.

Terdahulu Roy dimasukkan ke Hospital Banting kerana sesak nafas akibat jangkitan pada paru-paru, sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah disahkan positif Covid-19.

Selain Roy, isteri, dua anak dan adik ipar yang menetap bersamanya turut disahkan positif Covid-19.

 

(SUMBER: Facebook Roy)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca