Hampir tersingkir, Kumpulan Sesah teruskan perjuangan di Awesome Raja Lawak

A
A
A

REZEKI nampaknya masih berpihak pada kumpulan Sesah apabila terselamat daripada penyingkiran di minggu kedua Awesome Raja Lawak yang berlangsung pada Rabu.

Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah ZulfadzliPengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli.

berkata, barisan juri tetap bersama pihak produksi sebulat suara membuat keputusan untuk mengekalkan semua peserta minggu ini sekali gus memberi peluang kedua kepada kumpulan Sesah yang sepatutnya tersingkir selepas mendapat markah terendah.

“Kejutan semalam (Rabu) membuktikan bahawa sebarang kemungkinan boleh berlaku dalam pertandingan Awesome Raja Lawak.

“Anda mungkin juara pada minggu ini, namun begitu pada masa yang sama, anda juga boleh menjadi peserta tercorot pada minggu seterusnya. Ini yang berlaku pada malam tadi kepada Kumpulan Sesah Sesah hampir tersingkir kerana mendapat markah terendah dengan jumlah keseluruhan hanya sebanyak 42 peratus (%), jauh berbeza dengan kumpulan Sedare yang menjuarai persembahan di minggu kedua dengan 74%.

“Keputusan ini ternyata mengejutkan semua khususnya peminat kumpulan Sesah. Bagaimanapun, barisan juri tetap; Khir Rahman, Saiful Apek dan Ayda Jebat bersama pihak produksi sebulat suara membuat keputusan untuk memberi peluang kedua kepada Sesah apabila mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu kedua ini,” ujarnya.

AWESOME RAJA LAWAKKumpulan Kacau, Beduk dan Sesah berdebar menanti keputusan yang diumumkan oleh pengacara, Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan Chilok.

Selain Sesah dan Sedare, kumpulan Semmat berada di tempat kedua dengan 70% markah; diikuti Manja (66%); Mabo (63%); Hanif (58%); Se’eh (56%); dan Soda (56%).

Diikuti kumpulan Pelan (53%); Azhar (49%); Kanmani (49%); Kacau (46%); Beduk (45%) dan Sesah (42%).

Tambah Ezzan, jika minggu kedua menyaksikan para peserta diberi tugasan dengan tema Viral/Trending, minggu hadapan pula, mereka diberi tugasan dengan tema muzikal.

“Saya berharap peserta lebih bersedia, lebih bersemangat dan mendapatkan nasihat serta tunjuk ajar daripada mentor masing-masing.

“Harapnya mereka akan memberi komitmen sepenuhnya untuk pertandingan ini. Kami mempunyai keyakinan yang tinggi dengan potensi kesemua peserta musim ini,” katanya.

Ezzan berkata, sejak mula bersiaran pada 7 September lalu program Awesome Raja Lawak Berjaya merekodkan tiga juta tontonan hingga hari ini.

AWESOME RAJA LAWAKPeserta solo dari Pulau Pinang, Azhar diumumkan sebagai pemenang Man of The Match minggu kedua.

Program yang dihoskan Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan Chilok itu menampilkan Atu Zero, Ajak Shiro dan Tauke selaku Mentor, manakala Khir Rahman, Saiful Apek serta Ayda Jebat selaku juri tetap.

Bersiaran selama 10 minggu secara langsung dari Studio De Showroom, Bandar Sri Damansara, seramai 14 peserta yang merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio akan berentap di pentas mingguan, Gelanggang Awesome Raja Lawak.

AWESOME RAJA LAWAKBarisan juri tetap (dari kiri) Saiul Apek, Ayda Jebat dan Khir Rahman.

Juara Awesome Raja Lawak akan membawa pulang wang tunai bernilai RM50,000 beserta trofi sumbangan Awesome TV. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga pula akan memenangi RM25,000 dan RM15,000 beserta trofi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca