Hannah Delisha kini berhijab

A
A
A

PELAKON Hannah Delisha mencuri perhatian ramai sejak semalam apabila memuat naik fotonya bertudung litup dengan kapsyen bertulis 'Bismillah'.

Sehingga kini hantaran tersebut menerima lebih 250,000 tanda suka, selain ruangan komen yang dipenuhi dengan doa dan kata-kata positif buat pelakon asal Singapura itu.

Hannah atau nama lengkapnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 24, menerusi  laporan media mengesahkan dirinya kini telah pun berhijab penuh sejak empat hari lalu.

"Saya sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.

"Namun, saya tidak menangguhkan hasrat sebaik selepas penggambaran. Semoga saya terus istiqamah. Alhamdulillah,” katanya.

Dalam pada itu, heroin drama 7 Pesanan Suara tersebut menolak anggapan bahawa penghijrahan tersebut ada kaitan dengan hasrat untuk berumah tangga, sebaliknya demi menunaikan tanggungjawabnya kepada agama dan menjadi muslimah yang baik.

Penampilan terbaharu Hanna itu ternyata disukai ramai terutama para peminatnya yang tidak habis-habis memuji dan meluahkan rasa senang dengan perubahannya itu.

 

(FOTO: Instagram Hannah Delisha)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca