Hantu lucu dalam Saka Nan Sepi

Sakan Nan Sepi - SinarPlus
Sakan Nan Sepi - SinarPlus
A
A
A

ASTRO Shaw tampil dengan filem komedi seram terbaharu, Saka Nan Sepi yang bakal menemui penonton di pawagam rumah anda, Astro First, mulai 10 Disember.

Filem arahan Razaisyam Rashid dan Azri Azman itu tampil dengan kelainan menerusi karektor hantu lucu.

Jika kebiasaanya, kehadiran hantu mengundang rasa takut dan menyeramkan penonton, Saka Nan Sepi tampil berbeza dengan memperlihatkan hantu yang takut kepada manusia.

Sarat dengan unsur komedi dan nilai kekeluargaan, filem tersebut dibintangi Han Zalini, Sherry Al Hadad, Namron, Ayie Hushairi Husain, Syafiq Kyle dan Mimi Lana.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata,

Astro Shaw tampil dengan naskhah Saka Nan Sepi bagi memenuhi kehendak peminat filem seram dan komedi.

“Naskhah ini tidak seperti filem seram komedi yang lain di mana kebiasaannya akan tonjolkan hantu yang menyeramkan, tetapi Saka Nan Sepi tampilkan hantu yang berbeza yang mana kami merasakan keadaan fizikal dan perwatakannya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat.

“Memandangkan filem ini bakal ditayangkan di pawagam rumah anda, jadi hantu dan jalan ceritanya yang lebih santai, amat bersesuaian dengan tontonan seisi keluarga,” katanya.

Saka Nan Sepi mengisahkan tentang keluarga Othman meluangkan masa dengan berkhemah di dalam hutan. Tiba-tiba anaknya, Rozi dirasuk. Mereka terus mambawa Rozi berjumpa bomoh Tok Kassim untuk berubat. Saka tersebut tertarik dengan Rozi dan memilih untuk tinggal dengan keluarga Othman.

Filem Saka Nan Sepi kini boleh ditonton di Astro First menerusi saluran 480 dan strim di Astro Go atau On Demand.

 

(FOTO: Astro Shaw)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca