PENYANYI yang juga vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat hanya sempat bergelar bapa selama tiga hari selepas anak sulungnya, Khairul Afnan, disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Berita duka itu dikongsikan sendiri Azmi atau nama lengkapnya Khairul Azmi Mohd. Saat, 34, menerusi hantaran di Instagram miliknya.

“Allah lebih menyayanginya. Afnan tunggu kami di syurga ya,” tulisnya.

Iklan
Azmi dan isterinya, Nazirah Muhammad sudah berkahwin selama 10 tahun dan Afnan merupakan anak pertama mereka.

Difahamkan, Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak.

Iklan

Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.