Harga baharu tiket konsert Radja dan Repvblik

A
A
A

BUAT julung kalinya, dua band terkenal Indonesia, Radja dan Repvblik bergabung untuk menjayakan Konsert Radja dan Repvblik Live In Kuala Lumpur di WTC Kuala Lumpur pada 13 November ini, jam 8.30 malam.

Kedatangan mereka pastinya ditunggu-tunggu peminat memandangkan kedua-duanya mempunyai populariti tersendiri di kalangan peminat Indonesia serta di negara ini.

Radja dikenali menerusi lagu popular Jujur, Tulus dan Benci Bilang Cinta, manakala Repvblik dengan lagu Sandiwara Cinta yang sememangnya sering menjadi siulan peminat.

Bagaimanapun kedengaran khabar tidak enak mengatakan yang harga tiket dikenakan agak tinggi sekaligus membantutkan hasrat peminat untuk menonton konsert.

Justeru, penganjur iaitu 2NBA Entertainment prihatin terhadap rungutan peminat dan telah menawarkan harga tiket berkonsep beli satu percuma satu.

Selain itu, harga tiket turut dikurangkan RM100 di Zone 1, 2 dan 3 dan RM50 di Zone 3, 4 dan 5.

"Bagi peminat-peminat yang ingin menyaksikan buat pertama kali dua kumpulan popular ini diatas satu panggung, sila dapatkan tiket anda di ilassotickets.com sebelum kehabisan

"Buat peminat mereka di Malaysia pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.

"Dengan pasukan produksi yang berpengalaman menguruskan perjalanan konsert ini, pasti sesuatu yang hebat akan dipersembahkan. Memori pasti terpahat dalam jiwa semua yang hadir," kata wakil penganjur, Aidiel Abdul Ghaffar.

KUMPULAN RADJA DAN REPVBLIKVokalis Repvblik, Ruri Herdian Wantogia (dua dari kiri) dan vokalis Radja, Ian Kasela (dua dari kanan) bersama pihak penganjur ketika sesi sidang media di Kuala Lumpur bulan lalu.

Konsep Buy One Free One (B1F1) menyaksikan harga asal tiket kini berubah, berikut merupakan harga baharu yang diberikan oleh pihak penganjur;

Zone 1- RM598- B1F1 (1 tiket berharga RM299)

Zone 2- RM698- B1F1 (1 tiket berharga RM349)

Zone 3- RM498- B1FI ( 1 tiket berharga RM249)

Zone 4- RM398- B1F1 (1 tiket berharga RM199)

Zone 5- RM298- B1F1 (1 tiket berharga RM149)

Zone 6- RM198- B1FI (1 tiket berharga RM99)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca