PENYANYI popular Indonesia, Pamungkas teruja untuk kembali bertemu para peminatnya di Malaysia apabila hasrat mengadakan sebuah persembahan istimewa di Kuala Lumpur bakal menjadi kenyataan.

Konsert Nusa Fest Presents Pamungkas yang dibawakan oleh Shiraz Projects itu bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 4 Mei depan.

Menariknya Pamungkas muncul sebagai artis pertama dalam siri Nusa Fest iaitu sebuah festival yang turut akan berlangsung pada tahun ini dengan menghimpunkan barisan artis dari tiga buah negara.

Pada konsert tersebut bintang kelahiran Jakarta itu akan menghiburkan peminat dengan seleksi lagu-lagu popularnya seperti I Love You but I’m Letting Go, Kenangan Manis, Sorry dan One Only.

Tidak ketinggalan lagu To The Bone yang pernah dinobatkan sebagai lagu paling banyak didengari di Spotify dan memecah rekod pada tahun 2021. Malah lagu lagu tersebut juga menduduki tangga paling lama Lagu Indonesia Top 50.

Ketua Pegawai Eksekutif Shiraz Projects, Shirazdeen Karim berkata, melihat sambutan yang diberikan kepada Pamungkas tahun lalu sangat memberangsangkan, pihaknya kembali membawa vokalis itu bersama band ke sebuah lokasi persembahan yang lebih ‘intimate’.

“Saya percaya bahawa lokasi tersebut akan memberikan sebuah persembahan yang kaya dengan bunyi-bunyian yang padat dan visual menarik.

Iklan

“Ia pastinya akan menambahkan galau para peminat menghayati setiap bait lirik dan melodi hasil kreativiti dan kepintaran Pamungkas sebagai pemuzik dan penyanyi,” ujarnya.

Tiket Nusa Fest Presents Pamungkas dijual dengan harga, RM500 (Meet & Greet), RM200, RM150, RM200 dan RM150. Pembelian boleh dibuat menerusi www.myticket.asia.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.