‘Hari ini kelas Iqra pertama kami,’ – Nabila Huda teruja belajar Iqra buat pertama kali

Untitled design (75)
Untitled design (75)
A
A
A

PELAKON dan pengacara, Nabila Huda mengakui teruja apabila dapat mempelajari Iqra buat pertama kali dalam hidupnya.

Jelas Nabila, dia membuat keputusan untuk mengikuti kelas mengaji anaknya, Keisha Laila, 11 tahun.

“Selain daripada belajar bahasa Spanish and Mandarin,  hari ini (Isnin) adalah hari pertama kali belajar Iqra  bersama.

“Disebabkan kami selalu berentap nak menang dalam apa-apa persaingan, saya putuskan untuk sertai kelas mengaji Keisha.

“Tentunya saya rasa teruja sebab seumur hidup tidak pernah belajar Iqra. Sebelum ini hanya belajar muqadam sahaja.

“Jadi kita lawan tengok siapa paling power, ok?” tulis Nabila menerusi Instagram miliknya.

Perkongsian Nabila, 37, mendapat respons positif, bukan sahaja daripada peminat tetapi juga rakan selebriti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca