[VIDEO] ‘Hari lahir paling sedih sepanjang hidup saya’ – Radin pertama kali sambut hadi jadi tanpa ibu
PENGACARA dan penyampai radio Era, Radin berkongsi rasa sedih apabila buat pertama kali menyambut hari ulang tahun kelahiran tanpa ibunya yang baru sahaja meninggal dunia pada 18 Februari lalu.
Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Radin atau nama lengkapnya radin Amir Affendy, mengakui sambutan hadi jadinya yang ke-31 yang jatih pada hari ini, adalah yang paling sedih dalam hidupnya.
“Hari ini 15 Mac, hari lahir saya yang ke-31 dan adalah hari lahir paling sedih sepanjang hidup saya bila tak dapat wish and celebrate dengan mama seperti tahun-tahun sebelum ni.
“Ustaz pernah cakap, bila kita hilang mak, bukan jasadnya sahaja kita hilang tapi juga doa seorang ibu.
“Rezeki saya hari ini adalah berkat dari doa mama selama ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, kata Radin, dia bersyukur biarpun berjauhan dengan keluarga, namun sentiasa dikelilingi rakan-rakan yang mengambil berat tentang dirinya.
“Alhamdulillah, walaupun jauh dengan family, Allah berikan saya rezeki yang cukup bermakna bila dapat ‘support system’ yang kuat dan sahabat-sahabat yang boleh dianggap sebagai family.
“Terima kasih untuk segala kejutan dan doa untuk saya, di hari lahir saya tahun ini. Allah sayang semua,” katanya yang dilihat tidak dapat menahan sebab dan menitiskan air mata menerusi video yang dikongsikan.
Menurut Radin lagi, biarpun sukar menerima kenyataan pemergian arwah ibunya, Feridah Hashim sebulan lalu, dia percaya itu adalah aturan terbaik dari-NYA.
“Tanggal 18 Feb adalah hari paling sayu dan sedih untuk saya setelah pemergian bonda tercinta, Allahyarham Feridah Hashim yang telah berjuang selama 37 tahun sebagai ‘lung failure survivor’.
“Namun Allah lebih sayangkan mama dan nak berikan mama rehat setelah apa yang mama tanggung selama ini.
“Jujur hati ini, sebagai seorang anak memang susah untuk menerima kenyataan dengan apa yang berlaku, namun ketentuan ini adalah aturan terbaik dari-NYA untuk arwah,” katanya.
Bagaimanapun, kata Radin, kenangan dan nasihat daripada arwah ibunya tidak akan dilupakan selamanya.
“Apa yang tinggal hanya kenangan dan pastinya nasihat yang saya takkan lupakan sampai bila-bila.
“Tuhan sahaja yang tahu apa yang saya rasa selama ini bila kena bekerja untuk hiburkan orang lain serta gelak ketawa demi menggembirakan orang lain sedangkan hati sayu dan sedih. Sakit sangat.
“Apa-apapun ini adalah ketentuan Allah yang terbaik buat mama,” luahnya.
View this post on Instagram
(FOTO: Instagram Radin)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang