Harris Alif, Intan Ladyana nikah 6 Februari, terima tajaan lebih RM15 juta
SETELAH sekian lama berteka-teki mengenai perhubungan mereka, pelakon, pengacara, dan penyanyi Harris Alif, 21, bersama pelakon jelita, Intan Ladyana, 38 memilih tarikh 6 Februari depan untuk disatukan sebagai suami isteri.
Bakal disatukan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur, Harris dan Intan tidak dapat menyembunyikan kegembiraan untuk beralih ke fasa perkahwinan.
Menjalin cinta hampir setahun, pasangan ini mengumumkan secara terbuka mengenai hubungan mereka tahun lalu. Meski jurang usia 17 tahun membezakan mereka, bukan alasan atau halangan untuk mengakhiri hubungan ke jenjang pelamin. Benarlah kata pepatah, jodoh itu rahsia Allah. Harris dan Intan sudah ditakdirkan bersama.
Lebih bermakna impian pasangan ini untuk membina rumah tangga turut bakal direalisasikan ramai pihak penaja sepanjang empat acara penting mereka. Acara itu termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi, dan majlis bertandang.
Bagi persalinan mereka nanti, Datuk Riffai akan menaja busana Harris dan Intan untuk malam berinai dan nikah, Hatta Dolmat (resepsi), Khairi Sufi (potong kek) dan Jimmy Couture serta Khai BK (majlis bertandang).
Sementara, tata rias pula bakal dikendalikan barisan jurumekap tersohor, Bellahudd, Zulfadhly, Iansham, dan Cuki Ajis, manakala Emmie Lee selaku jurudandan.
Tidak ketinggalan, pasangan itu juga bakal menyarung barangan kemas jenama terkemuka, Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta pada majlis pernikahan serta resepsi.
Dekorasi pelamin daripada Afeer KL, Anna Weddings, dan Wedding By Emma untuk setiap majlis berbeza itu. Untuk fotografi dan videografi pula, tanggungjawab itu digalas Fillea Studio dan Shahril Omaq.
Teristimewa sebelum hari bahagia mereka, Harris juga terlebih dahulu melancarkan lagu baharunya berjudul Anugerah yang semestinya didedikasikan buat jantung hatinya itu.
[embed]https://youtu.be/UZTfDNOlEiU[/embed]
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang