Haslinda, peserta pertama tersingkir dari pentas GV7

Haslinda GV7
Haslinda GV7
A
A
A

PENYANYI Haslinda menjadi peserta pertama tersingkir daripada program Gegar Vaganza 7 (GV7), pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Ahad.

Haslinda yang menyampaikan lagu Kerana Terluka nyanyian asal daripada Nurul Wahab itu mendapat markah paling rendah daripada barisan juri iaitu sebanyak 49.70 peratus (%).

Penyingkiran tersebut ternyata mengejutkan ramai pengikut penyanyi lagu Sehati Sejiwa itu yang cukup dikenali memiliki vokal unik.

Sementara itu, pada konsert yang bertemakan 'Sama Naik', menyaksikan Linda Nanuwil diumumkan sebagai penerima Anugerah Next Level Digi, manakala Anugerah Cuckoo Healthy Home pula menjadi milik Ashira.

Selain Linda dan Ashira, persaingan konsert ketiga pada minggu depan juga akan diteruskan oleh oleh Muss, Cliff Umar, Nomad, Noraniza Idris, Ayu Damit, Oja, Eva, Aju Success, Rozita Izlyn, Yantzen dan Indigo.

Kesemua peserta yang bertanding diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juru profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim selaku juri tetap, manakala Jay Jay sebagai juri jemputan.

Berbeza dari minggu lalu, konsert kali ini berlangsung tanpa kehadiran penonton sebagai langkah pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang berkuat kuasa pada 14 Oktober lalu sehingga 27 Oktober ini.

Program dihoskan pasangan pengacara serasi, Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 11 Oktober lalu.

Kedudukan peserta pada konsert minggu kedua

  1. Muss - Cinta Kristal (80.00%)
  2. Linda Nanuwil - Mungkinkah (69.70%)
  3. Cliff Umar - Hanyut (68.50%)
  4. Ashira - Sempurna (68.00%)
  5. Oja - Sepenuh Hati (67.90%)
  6. Nomad - Bila Tiba (64.60%)
  7. Aju Success - Sambutlah Kasih (64.50%)
  8. Noraniza Idris - Akulah Kekasihmu (64.50%)
  9. Ayu Damit - Ke Hujung Dunia (64.00%)
  10. Eva - Cinta Antara Benua (63.40%)
  11. Rozita Izlyn - Hajat (62.70%)
  12. Yantzen - Duit (62.10%)
  13. Indigo - Hadirlah Kasih (51.90%)
  14. Haslinda - Kerana Terluka (49.70%)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca