Hati kembali berbunga, Amelina akui sedang mengenali ahli perniagaan

Untitled design (18)
Untitled design (18)
A
A
A

PENYANYI Amelina tidak menafikan desas-desus yang mengatakan dia kini sedang mengenali seorang ahli perniagaan.

Biarpun tidak mahu mendedahkan dengan lebih lanjut cerita peribadi tersebut, ibu kepada enam orang anak itu bagaimanapun menafikan khabar akan mendirikan rumah tangga pada penghujung tahun ini.

“Sekarang lebih kepada sweet-sweet, kita tengah mengenali dia, dia tengah mengenali kita.

“Bagi saya apa yang paling penting, siapa sahaja yang mahu bersama saya perlu menerima orang sekeliling saya dan orang sekeliling saya juga boleh menerima dia.

“Dia juga tak cemburu, tak sombong dan boleh menerima saya yang huru-hara ini dan dia OK saya huru-hara,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran dan tayangan perdana video muzik lagu itu di Crave Café, Oasis Ara Damansara di sini, petang ini.

Sementara itu, sejarah tercipta apabila ratu dangdut negara, Amelina melancarkan lagu terbaharu genre balada berjudul Ada Untukmu buat julung kalinya sepanjang 27 tahun bergelar penyanyi.

[embed]https://www.instagram.com/p/CDjvPUtH4cI/?utm_source=ig_web_copy_link[/embed]

Idea penghasilan lagu ciptaan sepenuhnya Aepul Roza ini tercetus berikutan persetujuan bersama Amelina dan pengurusannya, MindOrder Management untuk menghidangkan karya berbeza yang berani pada projek terbaharu ini buat para peminat dan penggemar muzik tempatan.

Lagu Ada Untukmu boleh dilayari dan dimuat turun secara rasmi di semua platform digital antaranya Spotify, Joox, Kkbox dan iTunes bermula 7 Ogos 2020. Video muzik lagu ini pula akan dilancarkan di saluran YouTube Nova Music juga pada hari yang sama.

Cerita selanjutnya dalam SinarPlus Ahad ini...

[embed]https://youtu.be/NfPnV3f3sb0[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca