Heart juara Muzikal Lawak Superstar 2, bawa pulang RM150,000

Heart - MLS2
Heart - MLS2
A
A
A

KUMPULAN Heart menepati ramalan ramai apabila muncul juara program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) yang berlangsung di Putra Hall B, Putrajaya International Convention Centre (PICC), pada Jumaat.

Kemenangan kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Ezad Lazim dan Azmi Saat itu melayakkan mereka membawa pulang RM150,000 berserta trofi.

Kemenangan itu juga sekali gus menewaskan tiga finalis lain iaitu kumpulan UNI, Viral dan Janggo.

Sementara itu kumpulan UNI yang dianggotai Fad Bocey, Atu Zero dan Fakhrul UNIC mempertahankan naib kejuaraan apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.

Mereka membawa pulang RM75,000 berserta trofi.

Sementara itu, kumpulan yang dianggotai Ali Puteh, Mamak Puteh dan Roy Azman iaitu Viral berada di tempat ketiga dan membawa pulang RM50,000 berserta trofi.

Kumpulan Janggo yang dianggotai Khir Rahman, Joey Daud dan Man Raja Lawak diumumkan sebagai tempat keempat dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi.

Sementara itu, persembahan mantap yang ditunjukkan oleh Danial melayakkan dia dipilih sebagai Superstar musim ini.

Kesemua pemenang dinilai berdasarkan format pemarkahan 50 peratus (%) daripada juri tetap dan 50% undian SMS penonton.

Pentas akhir MLS2 menampilkan pasangan pengacara Nabil Ahmad dan Elly Mazlein.

Tiga juri tetap terdiri daripada Datuk Awie, Nur Fazura dan Zul Ariffin.

Pertandingan akhir turut dimeriahkan dengan persembahan daripada Datuk M. Nasir, Azlan (The Typewriter), Akim & The Majistret dan Bunkface.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca