PENYANYI Heliza Helmi berkongsi pengalaman ketika menerima rawatan bersama adiknya, Hazwani di sebuah pusat perubatan susulan disahkan positif Covid-19 pada November tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Nur Heliza Helmi menceritakan momen tersebut menerusi posting video yang dimuat naik menerusi laman sosial Instagram @nurhelizahelmi baru-baru ini.

“Sebenarnya, tidak tahu nak mula dari mana. Dalam kepala ini banyak sangat nak share (kongsi), jika ada manfaat alhamdulillah.

“Alhamdulillah, perjalanan panjang ALLAH bagi. Keluar rumah tinggalkan keluarga pada November 2020, 1 Januari 2021 dapat kembali ke pangkuan keluarga,” tulis bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-5 berkenaan.

heliza helmi
HELIZA memuat naik video berdurasi 1.09 minit yang memaparkan keadaan beliau dan Hazwani ketika menerima rawatan di sebuah pusat perubatan pada November lalu.

Bicara Heliza, perkara yang berlaku merupakan satu pengalaman tidak pernah dirasainya.

“Sakit yang tak pernah rasa sebelum ini. Kakja (Heliza) dan Ika motivate each other. Dalam keadaan rasa sakit sangat @hazwanihelmi masih hadir kelas dan peperiksaan online. Moga ALLAH merahmati beliau, amin.

“Kami melihat bagaimana setiap hari keluar masuk ambulans terlalu kerap, pesakit daftar terlalu ramai, frontliners pula macam tak pernah rehat.

“Setiap waktu akan ada pengumuman pukul 2 pagi, 3 pagi dan 5 pagi. Kita kena sentiasa bersedia nama dipanggil,” ujarnya.

heliza helmi
HELIZA memaklumkan beliau dan Hazwani dibawa ke hospital sekitar November lalu dan pulang dibenarkan pulang pada 1 Januari 2021.

Heliza turut menambah rentetan situasi terbabit jelas memperlihatkan begitu besar pergorbanan pasukan barisan hadapan perubatan menumpahkan khidmat untuk masyarakat.

“Siang malam mereka berjaga. Sungguh. Kami tidak mampu membalas jasa baik kalian.

Iklan

“Dan benar, Covid-19 is real. Hampir semua gejala ALLAH bagi rasa. Alhamdulillah hari ni ALLAH masih pinjam nyawa. Alhamdulillah, syukur pada ALLAH.

“Semasa kena Covid-19, nak bangun pun macam tak mampu sebenarnya. Nak sujud pun rasa macam melayang,” luah Heliza lanjut.

helizaVideo berdurasi 1.09 minit itu antaranya memaparkan perjalanan Heliza dan Hazwani dibawa ke hospital menaiki ambulans dan rutin harian mereka di sana.

 

Iklan