INGAT lagi tak satu ketika dahulu, nama ‘Hidayah’ pernah tular di media sosial dek kerana pelakon dan pelawak yang berasal dari Korea Selatan muncul dalam video pemilik akaun Facebook, Daebaking.

Watak suntingan yang diberi nama ‘Hidayah’ itu dibawa oleh pelawak Korea yang dikenali sebagai Lee Sae Young.

Lakonannya tak pernah mengecewakan dan sering kali dilihat sangat ‘menjadi’ sehingga tak kering gusi dibuatnya tambahan pula sarikatanya diubah kena dengan jalan cerita.

Watak Hidayah menggambarkan seorang perempuan single yang selalu bernasib malang yang menginginkan lelaki sejati namun sering kali dipertemukan dengan lelaki yang berperangai pelik dan kadang kala tak masuk dek akal.

‘Hidayah’ Daebaking makin cun, warganet hampir tak kenal

Terbaharu, wanita kelahiran Incheon City, South Korea itu sekali lagi menjadi bahan bualan warganet apabila muncul dengan penampilan baru yang lebih menawan sehinggakan ada yang tidak percaya dengan perubahan beliau.

Mana tidaknya, kini wajah dan penampilannya sangat berbeza daripada dalam video yang pernah dikongsikan oleh DaebaKing sebelum ini.

‘Hidayah’ Daebaking makin cun, warganet hampir tak kenal

Iklan

Menerusi tinjauan SinarPlus sendiri di laman Instagram Lee Sae Young, gambar-gambar lama beliau juga telah dipadamkan.

Warganet juga ada berpendapat yang mendakwa bahawa beliau telah melakukan pembedahan plastik.

Seperti kita sendiri sedia maklum, industri seni di Korea lebih memilih mereka yang ada ‘rupa’. Kalau nak pergi jauh, rupa memang no 1, bakat tolak tepi dulu.

Iklan

 

View this post on Instagram

 

붙임머리 안녀엉~🖐 #붙임머리 #エクステ

A post shared by 이세영 (@seyoung_1408) on

Apa pula agaknya watak yang sesuai jika ‘Hidayah’ kembali muncul dengan watak lawak dengan penampilan terkini beliau? Macam tak kena dah tu dengan watak Hidayah. Haha!