Hijrahkan Laguku Solidariti Untuk Malaysia, tanda prihatin kepada mangsa banjir

PRIHATIN dengan perkembangan semasa melibatkan bencana banjir yang melanda beberapa lokasi di Lembah Klang sejak seminggu lalu, TV AlHijrah merehatkan seketika barisan artis yang bertanding dalam program Hijrahkan Laguku.

Konsert minggu keenam program itu pada Sabtu lalu digantikan dengan Hijrahkan Laguku Solidariti Untuk Malaysia sebagai tanda menghormati rakyat Malaysia terutamanya mangsa banjir yang sedang berduka akibat musibah itu.

Iklan
Iklan

Program yang dihoskan oleh Faizal Ismail dan Ustaz Zarifi Daud itu menampilkan beberapa segmen termasuk kupasan berkenaan situasi banjir, persembahan nyanyian, bacaan al-Quran bersama tadabbur terjemahan, bacaan doa dan banyak lagi.

Antara artis undangan yang terlibat untuk edisi khas ini ialah Zack Kool, Rahmat Mega, kumpulan Zayne, Lah Ahmad dan Daqmie. Tidak ketinggalan Datuk Ustaz Kazim Elias sebagai penceramah jemputan, Furqan Fawwaz (Qari), Ustaz Fazrul Ismail (pentadabbur) dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid (bacaan doa).

Hijrahkan Laguku Solidariti Untuk Malaysia ini bertujuan untuk memberi semangat dan motivasi baharu kepada mangsa banjir, selain menggalakkan rakyat Malaysia membantu antara satu sama lain dalam menghadapi sebarang musibah.

Dalam masa sama, segmen-segmen yang ditampilkan juga diharapkan dapat memberikan inspirasi buat penonton untuk menyingkap hikmah di sebalik ujian yang menimpa rakyat Malaysia itu.

Konsert minggu ketujuh Hijrahkan Laguku akan diteruskan seperti biasa pada minggu hadapan, 1 Januari 2021 dengan menyaksikan enam bintang beraksi di pentas separuh akhir.

Mereka terdiri daripada PG Adam, Shahir Zawawi, Datuk Nash, Iwan Syahman, Zaff VE dan Mark Adam.

Hijrahkan Laguku bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah, pada setiap Sabtu, jam 9 malam.

Siaran ulangannya pula boleh ditonton di TV AlHijrah pada setiap Ahad, jam 4.30 petang, manakala rancangan Hijrah Prihatin bersama artis Hijrahkan Laguku pula disiarkan setiap Sabtu dan Ahad, jam 1 tengah hari.

 

(FOTO: TV ALHIJRAH)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Recent Posts

Bella Astillah ke peringkat antarabangsa, lagu Sumandak Sabah bergema di China. Warganet bangga, doa terus sukses

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah kini semakin 'mendunia' apabila terpilih mewakili Malaysia untuk beraksi di…

43 mins ago

Raikan guru tersayang dengan hadiah kejutan, ini 5 item paling praktikal sebagai special gift 16 Mei

SETIAP tahun, sambutan hari guru pada 16 Mei antara tarikh yang dinanti-nantikan, tak kiralah sama…

2 hours ago

‘Kasih sayang mertua menantu yang istimewa. Sebak tengok!’ Puteri Sarah rai hari jadi Datuk Yusof bikin ramai terharu

TERSENTUH hati melihat kemesraan antara bekas menantu dan mentua iaitu Puteri Sarah Liyana dan Datuk…

2 hours ago

Puteri sulung genap 12 tahun, 23 pesanan Fedtri Yahya untuk Indah Sutera Jannah undang sebak

PEJAM celik, pantasnya masa berlalu. Siapa sangka anak sulung pengacara tersohor Ahmad Fedtri Yahya, Indah…

3 hours ago

Klinik Nara anjur rumah terbuka, rai pelanggan sempena ulang tahun ke-4. Turut perkenal rawatan estetik dengan teknologi baharu

KLINIK  Nara, peneraju dalam rawatan estetik dan kecantikan baru-baru ini meraikan ulang tahun ke 14…

19 hours ago