PENGACARA dan penyanyi, Hunny Madu mengakui sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan chef antarabangsa, Fedrighi Francesco, 2 Mei lalu.

Menurut Hunny, majlis perkahwinan mereka berlangsung ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan diadakan secara atas talian.

Ujarnya, dia pada mulanya mempunyai sebab tersendiri untuk merahsiakan status terkininya.

“Sebenarnya selepas saya memberi kenyataan kepada Astro Gempak, saya tak sangka ada artikel lain yang keluar dengan tajuk yang tidak senonoh seperti ‘Tayang Foto Bercumbu Dan…”

“Ia telah menimbulkan fitnah dan nama baik keluarga saya tercalar tapi saya terima kenyataan tersebut.

“Sebenarnya pada 2 Mei lalu, saya dan Francesco telah melangsungkan perkahwinan. Kami adakannya secara kecil-kecilan di rumah ibu bapa saya dengan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Iklan

“Ketika itu kami hanya beritahu khabar bahagia ini kepada keluarga terdekat serta rakan yang rapat dengan saya,” jelasnya seperti dilaporkan Astro Gempak.

HUNNY-SUAMI
Hunny memberitahu dia mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berkongsi berita gembira itu lebih awal.

Francesco merupakan cef antarabangsa yang berasal dari Itali dan bertugas di sebuah restoran mewah ibu kota sejak 2018.

Iklan

Hunny Madu atau nama sebenarnya, Hani Farhana Mohd Hatim, 36, telah mendirikan rumah tangga dengan Khairul Azhar pada 2010 dan bercerai pada Oktober 2018.

Pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu Adam Musa, 3, dan Eva Medina, 7.